Nadi X Esukan: Membina Mentaliti Juara: Menghadapi Kemenangan Dan Kekalahan
13 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2026 bersamaan hari Ahad, Membina Mentaliti Juara: Menghadapi Kemenangan dan Kekalahan telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk membentuk mentaliti positif dalam kalangan peserta e-sukan dengan memahami cara menghadapi kemenangan dan kekalahan secara matang, beretika serta memupuk semangat kesukanan.
Aktiviti Utama:
1. Kepentingan mempunyai mentaliti juara dalam e-sukan.
2. Cara menghadapi kemenangan dengan rendah hati dan beretika.
3. Mengurus emosi apabila mengalami kekalahan.
4. Membina semangat kesukanan, disiplin dan daya tahan diri.
5. Perkongsian tip untuk terus berkembang dan meningkatkan prestasi dalam e-sukan.
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi pendedahan yang bermanfaat kepada peserta mengenai kepentingan memiliki mentaliti juara dalam e-sukan. Peserta turut memahami cara menghadapi kemenangan dan kekalahan secara positif, mengurus emosi dengan baik serta mengamalkan semangat kesukanan, disiplin dan daya tahan bagi meningkatkan prestasi dan perkembangan diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: